Lirik Lagu New Boyz - Masih Ada Cinta



Terungkaplah kata

Cinta terlerai di tabir senja

Adakah ini dugaan darinya

Kau berpura menyinta sepenuh jiwa



Terungkaplah madah

Kasih terkubur di laman cinta

Hati terhiris sendu meratapi

Pengorbanan ku tidak engkau hargai



Telah sekian lama

Ku cuba mencari di mana silapnya

Hati mu berubah

Keegoan semakin memuncak



Siapakah diriku

Setelah hadirnya di dalam hidup mu

Cepat kau berpaling

Mendustai kasih



Curahan rindu tiada maknanya

Harapan menjadi kenangan

Ku berdoa semoga kau bahgia

Di samping insan yang kau cinta



Ku rela perpisahan

Kerana ku yakin

Masih ada cinta..



# Music



# Ulangi dari awal
Lebih baru Lebih lama